ARTIKEL

Gambar hiasan

Lelaki tempatan dipenjara, disebat miliki dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara 27 bulan dan tiga sebatan serta denda RM4,300 oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana memiliki ketamine dan pil ekstasi, September lalu.

Chang Yeang Wei, 30, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta yang sama, kerana memiliki 21.20 gram Ketamine.

Pertuduhan kedua pula, dia didakwa mengikut Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan dibacakan di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama, kerana memiliki 7.10 gram Methylenedioxymethamphetamine (MDMA).

Dia memiliki dua jenis dadah terlarang itu dalam kotak konsol sebuah kereta jenis Perodua Kenari, sekitar jam 3.15 petang, 23 September lalu.

Hui Chuan menjatuhkan hukuman denda RM4,300 atau penjara 13 bulan bagi pertuduhan pertama. Manakala, pertuduhan kedua, dia dijatuhi hukuman penjara 27 dan tiga sebatan.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, di hadapan sebuah kedai kopi di Kuching, sepasukan polis membuat satu tangkapan terhadap seorang lelaki yang baru hendak memasuki sebuah kereta kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan dadah.

Pemeriksaan dilakukan menjumpai satu plastik hitam dalam kotak konsol mengandungi tiga paket plastik lutsinar berisi serbuk hablur berwarna putih dan satu paket plastik lutsinar berisi pil ekstasi.

Barang kes dirampas termasuk sebuah kereta dan laporan kimia dari Jabatan Kimia Malaysia (JIM) mengesahkan bahawa bahan-bahan tersebut ialah 21.20 gram ketamine dan 7.10 gram MDMA.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan