ARTIKEL

Lelaki tempatan mengaku bersalah miliki telur penyu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LYDIA AMAN

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara lima bulan dan denda RM16,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas kesalahan memiliki 850 biji telur penyu spesies Cheloniidae, Julai tahun lalu.

Muhammad Faiq Suandi, 29 dari Kampung Tanjung Bundong, 29, Kampung Tanjung Bundong, Samarahan mengaku bersalah sebaik sahaja satu pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Iris Awen Jon.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 29(1) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 (Bab 26) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1)(c) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 (Bab 26) kerana memiliki 850 biji telur penyu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara lima bulan dan denda RM16,000 atau penjara tiga bulan.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguamnya Osman Ibrahim, Fadzillah Osman, Nur Atiqah Kuliah, dan Ernie Natasha Azman memohon agar hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan terhadap hukuman ke Mahkamah Tinggi.

Ini kerana, tertuduh mempunyai masalah kesihatan iaitu kegagalan buah pinggang peringkat akhir dan perlu menjalani hemodialisis tiga kali seminggu.

Justeru itu, Iris Awen membenarkan tertuduh menangguhkan pelaksanaan hukuman serta membebaskannya dengan ikat jamin RM20,000 dan deposit RM2,000 beserta seorang penjamin tempatan.

Menurut fakta kes, Faiq didapati memiliki 850 biji telur penyu spesis Cheloniidae di tempat letak kereta sebuah pusat beli belah di Kota Samarahan dalam satu serbuan di sebuah premis oleh pasukan penguatkuasa Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) pada 28 Julai 2022.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Muhaimin Zakaria dan Pegawai Pendakwa Arvin Khan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha