ARTIKEL

Gambar hiasan

Lelaki tempatan terima padah beli loteri tanpa lesen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara empat bulan terhadap Mohd Hairulnizam Omar, 36, atas kesalahan membeli loteri awam tanpa lesen.

Mohd Hairulnizam mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum enam bulan, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kedai makan 24 jam di Bandar Baru Semariang, Jalan Sultan Tengah, sekitar jam 3.50 petang pada 28 Januari lalu.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, pihak polis melakukan Ops Dadu di kedai makan tersebut dan menahan tertuduh yang dipercayai menjalankan aktiviti penjualan loteri awam tanpa lesen.

Pihak polis turut merampas telefon bimbit dan wang tunai RM85 milik tertuduh. Hasil siasatan mendapati laporan pakar judi mengesahkan bahawa barang kes yang dirampas adalah loteri awam tanpa lesen.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha