ARTIKEL

Lelaki terselamat van terbakar di Matu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MATU: Seorang lelaki nyaris maut selepas Van yang dipandunya tiba-tiba terbakar di Jalan Kuala Matu di sini, sebentar tadi.

Dalam insiden kira-kira 10.40 pagi itu, mangsa Ajan Nanta, 69, terselamat apabila sempat keluar dari kenderaan berkenaan untuk menyelamatkan diri.

Menurutnya, kejadian berlaku sewaktu dia dalam perjalanan pulang selepas menghantar buah sawit yang tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Pada mulanya keadaan seperti biasa malah, kenderaan saya dapat dikendalikan dengan baik.

“Bagaimanapun sejurus selesai menghantar buah sawit itu, bahagian depan van saya tiba-tiba panas dan berasap,” katanya kepada Suara Sarawak.

Ajan yang terkejut dengan kejadian itu bertindak pantas keluar daripada kenderaan berkenaan.

Katanya, dia ternampak percikan api bermula di bahagian hadapan sebelum merebak memusnahkan keseluruhan van terbabit.

“Walaupun sedih dengan kejadian ini, saya bersyukur terselamat,” ujarnya.

Dalam pada itu, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh anggota Bomba dan Penyelamat Daro.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU