ARTIKEL

Lelaki warga emas hilang sejak awal bulan lalu ditemui meninggal dunia di ladang sawit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Taee sejak awal bulan lalu dijumpai meninggal dunia di kawasan ladang sawit, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa, Nipol Rantai, 73, ditemui oleh pekerja ladang sawit, kira-kira jam 11.30 pagi.

Pihak bomba memasukkan mangsa ke dalam beg mayat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 

Katanya, mayat mangsa ditemui pada jarak 4 km dari rumahnya. 

“Komander Operasi memaklumkan didapati benar ada mayat berada di bawah bukit dalam kawasan sawit.

Mayat mangsa ditemui oleh pekerja ladang sawit kira-kira jam 11.30 pagi.

“Mayat tersebut adalah mayat mangsa yang dilaporkan hilang pada 9 Mac lalu, hari Khamis, setelah pengecam melalui pakaian mangsa dibuat oleh anak mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian menerima laporan dari pengadu yang melaporkan kehilangan mangsa pada 9 Mac.

Mangsa kali terakhir dilihat berpakaian baju kemeja berwarna hitam dan berseluar jeans.

Menurut laporan daripada pihak polis oleh keluarga mangsa, beliau dikesan tiada di rumah pada jam 10 pagi. 

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan untuk mengesan mangsa, bagaimanapun ditamatkan pada hari kelima berikutan tiada sebarang petunjuk.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan