ARTIKEL

Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi 2 oleh anggota polis.

Lelaki warga Indonesia dipenjara dua tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap seorang warga Indonesia kerana mengangkut masuk migran dari negaranya ke Sarawak, Malaysia dari Jalan Biawak-Lundu, Februari lepas.

Hakim Datuk Farids Gohim Abdullah menjatuhkan hukuman terhadap Salim Jono, 33, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun atau denda sehingga RM250,000 atau kedua-duanya sekali.

Dia didakwa mengangkut masuk migran lelaki berusia 42 tahun menggunakan kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) dari Jalan Biawak-Lundu, sekitar 5.05 petang, 28 Februari lalu.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, sepasukan polis menahan sebuah kenderaan SUV jenis Daihatsu Xenia yang kelihatan mencurigakan dari arah kawasan sempadan menuju ke Lundu.

Semasa pemeriksaan, tertuduh merupakan pemandu ditemani seorang lagi warga Indonesia bernama Rabudin.

Hasil siasatan, penumpang terbabit gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah masuk ke Malaysia dan tertuduh yang membawa masuk migran terbabit.

Selain itu, tertuduh juga menjadi tekong membawa masuk warganegara Indonesia secara haram ke Malaysia.

Pendakwaan kes dilakukan oleh timbalan pendakwa raya Ayuna Yusoff dan Muhammad Afiq Safly Norkazly, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha