ARTIKEL

Gambar hiasan

Lelaki warga Indonesia dipenjara lapan bulan kerana salah guna dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan dadah jenis syabu, Februari lalu.

Tertuduh, Aldi, 19, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama kerana terlibat dalam pengambilan dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Dia melakukan kesalahan tersebut semasa ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan sekitar jam 2.55 pagi, 26 Februari lalu.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 serta diletakkan di bawah pengawasan bagi tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh berkuat kuasa mulai hari ini.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditahan oleh sepasukan polis dari BSJN IPD Padawan sebelum diarahkan menjalani ujian saringan air kencing.

Laporan analisis daripada Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak kemudiannya mengesahkan sampel urin tertuduh positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aidil Akmal Sharidan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke