KUCHING: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Batu 17, Kampung Punau Jalan Puncak Borneo pada Sabtu lalu akhirnya ditemui dalam keadaan selamat, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mengesahkan mangsa, Jason Tangkut 43 tahun telah pulang semula ke rumahnya pada jam 5 pagi.
“Mangsa telahpun dilaporkan pulang sendiri ke rumah dalam keadaan selamat,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Susulan itu, katanya, operasi mencari mangsa seterusnya ditamatkan pada jam 8.50 pagi.
Menurutnya, seramai sembilan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Siburan diketuai PPgB Sulaiman Amat terlibat dalam operasi hari kedua mencari mangsa.
Katanya, operasi pencarian pada awalnya telah dilakukan pada jarak radius satu kilometer dari pondok kebun mangsa dilaporkan hilang.
Dalam pada itu, Operasi pencarian turut disertai tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta 20 daripada anggota RELA.



