ARTIKEL

LEMANG BETAWI SAIFUL bawa selera Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LEMANG sememangnya sinonim dengan Hari Raya, tidak lengkap juadah Aidifitri tanpa hidangan lemang bersama-sama kuah kacang, kari dan rendang.

Pengusaha lemang Betawi, Saiful Bahari Rosdi, 46, berkata, hidangan dari Indonesia itu diwarisinya daripada Allahyarham bapa mentuanya sejak 1990-an.

Pada mulanya, ia hanya dijual pada musim perayaan Aidilfitri, namun selepas mendapat sambutan menggalakkan, Saiful mengorak langkah menjadikan ia sebagai sumber pendapatan utama.

“Saya mengikut jejak langkah bapa mentua saya semasa berniaga di pasar Satok dan beroperasi pada musim perayaan sahaja.

“Namun, sejak 2013 saya menyatakan hasrat menjadikan perniagaan lemang ini sebagai pendapatan tetap dan saya menjualnya setiap hari di pasar borong Satok,” katanya.

Menceritakan detik permulaan, Saiful berkata, perniagaan itu dimulakan dengan modal RM50 untuk membeli bahan.

Bermula 20 hingga 60 batang lemang sehari, kini jualannya ditingkatkan sehingga 400 batang lemang sehari.

Menariknya, jualan lemang tersebut habis setiap hari dan dijual pada harga lebih rendah berbanding lemang biasa.

“Kami harus murahkan harga untuk memastikan lemang disediakan habis dijual pada hari tersebut kerana kami tidak menjualnya untuk hari esok.

“Pada masa yang sama, kami dapat memperkenalkan lemang Betawi kepada lebih banyak pembeli dan menarik perhatian mereka untuk merasai produk kami.

“Pada musim perayaan, beras pulut yang digunakan boleh mencapai lebih dua tan.

Kami hanya menyediakan sebanyak yang boleh dan jual kepada pemborong.

Kira-kira dalam 10,000 batang sehari,” katanya.

INOVASI LEMANG

Walaupun sajian tersebut berasal dari negara jiran, Saiful melakukan beberapa inovasi ke atas produk jualannya.

Ia termasuk mengubah saiz asalnya menjadi lebih kecil, namun masih mengekalkan rasa dan kualitinya.

Selepas dikenali ramai dan semakin mendapat sambutan, ia dijenamakan semula sebagai “Lemang Saiful” agar lebih mudah dikenali sebagai produk dari Sarawak.

“Bangsa Betawi ini merupakan bangsa pengembara.

Mereka menyediakan makanan tahan lama kualitinya untuk menjelajah.

“Lemang yang dibuat oleh mereka dahulu adalah dalam saiz kecil supaya senang disimpan untuk dibuat bekal semasa mengembara seperti saiz pulut panggang,” jelasnya.

Antara inovasi dilakukan ke atas lemang Betawi adalah dengan menambah pandan sebagai seri dan aroma lemang.

Mengulas perbezaan antara lemang Betawi dan lemang biasa, Saifu menjelaskan bahawa ia berbeza dari segi ketahanan.

Selain itu, cara penyediaannya juga berbeza kerana tidak menggunakan buluh untuk mengisi pulut dan memasak dengan kaedah pengukusan berbanding dibakar.

“Penyediaan lemang Betawi juga berbeza, kami memasak santan terlebih dahulu sehingga pecah minyak, baharu memasukkan beras pulut dan bahan lain.

”Proses penyediaan santan haruslah masak sepenuhnya untuk menjaga ketahanan.

Jika santan tidak masak sempurna, walaupup sedap, lemang itu tidak akan tahan lama,” katanya.

PERMINTAAN KETIKA HARI RAYA

Bercakap tentang permintaan ketika musim perayaan, Saiful berkata ia sememangnya luar biasa,malah sehingga tidak menang tangan. Jelasnya, ketika Hari Raya, permintaan diterima boleh mencecah sehingga 7,000 batang.

Justeru, ia perlu diuruskan dengan teliti untuk memastikan setiap tempahan dapat dipenuhi.

“Saya menguji ketahanan lemang ini dengan menyimpan dan melihat sejauh manakah ia bertahan.

Kami juga sudah menghantar produk ke Gem Sains dan dalam proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Unimas.

“Saya ada kontrak bersamasama 23 cawangan Unaco, tetapi saya belum dapat membekalkan kuantiti tersebut.

“Jika lemang sejuk beku sudah berjaya, saya harap ia mendapat sambutan meluas kerana saya merupakan orang pertama membuat lemang sejuk beku.

“Oleh itu, saya harus membuat perancangan dengan teliti termasuk membuat satu bilik sejuk untuk penyimpanan lemang,” katanya.

Bagi yang ingin mendapatkan lemang Saiful, pihaknya beroperasi di beberapa lokasi termasuk di Medan Niaga Satok, Mydin, Stutong dan Satok.

Baginya kegembiraan sebenar adalah apabila melihat kepuasaan di wajah pelanggan.

BERITA LAIN

Jaga aib diri, orang lain

MENJAGA aib sesama manusia menjadi tanggungjawab yang dianjurkan dalam Islam. Pentingnya perbuatan menahan diri daripada mengumpat dan mencari kesalahan orang lain. Allah SWT juga memberikan

Bentuk peribadi pelajar

BARU-BARU INI, Mukhayyam Dakhili Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) bagi murid Tahun 4 berlangsung dengan jayanya di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kota Samarahan. Program

Wanita 66 tahun bersaing Ratu Cantik

“Usia bukan penghalang, saya sentiasa ingin mencuba untuk menyertai dunia ratu cantik kerana ia sesuatu yang sangat inklusif. Saya tidak pernah lupa tentang warisan budaya

Buang stigma masyarakat

“MENERUSI program ini, ia boleh memberi kepercayaan kepada ibu bapa. “Jadi, kepada mereka yang mempunyai anak autisme, jangan risau, sentiasa ada caranya untuk menangani mereka,”

BERITA TERBARU