ARTIKEL

Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhammad Norazlan Aris ketika meninjau lokasi insiden Kemalangan Pesawat F/A-18D Hornet di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan disini. | Bernama

Lembaga siasatan peroleh perakam data, video pesawat F/A-18d Hornet terhempas – PTU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN: Lembaga siasatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah memperoleh perakam data penerbangan dan perakam video pesawat pejuang F/A-18D Hornet yang terlibat dalam kemalangan di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di sini, Khamis lepas.

Panglima Tentera Udara Jen Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata beberapa petunjuk awal juga dikenal pasti, namun pihaknya tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut sehingga siasatan selesai.

“Setakat ini siasatan masih berjalan dan saya tidak boleh memberikan sebarang maklumat sehingga siasatan selesai,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Mengulas keadaan dua pegawai TUDM yang terlibat dalam kemalangan terbabit, beliau berkata juruterbang Mejar Mohamad Azhar Alang Kamarudin, 34, dijangka dibenarkan pulang  ke kampung halamannya di Ipoh, Perak, selepas menjalani rawatan susulan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun jurusensor senjata pesawat, Kapten Mohamad Izzuddin Mohamad Salleh, 28, masih dalam pemerhatian doktor kerana mengalami kesakitan di bahagian perut.

 Muhamad Norazlan berkata tempoh rehat mereka akan ditentukan berdasarkan nasihat doktor.

Dalam insiden 9.05 malam Khamis, Mohamad Azhar dan Mohamad Izzuddin sempat melaksanakan prosedur kecemasan dengan selamat, iaitu keluar menggunakan kerusi lontar sebelum pesawat itu terhempas.

Insiden itu berlaku ketika pesawat berkenaan sedang melakukan rutin latihan penerbangan malam. — Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha