Trending

Lembaga Tabung Haji anjur Kursus Perdana Haji sehingga 14 Mei ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KOTA SAMARAHAN: Lembaga Tabung Haji (TH) menganjurkan Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula 29 April sehingga 14 Mei ini.

Setiap tahun agensi itu menganjurkan beberapa kursus bagi persiapan bakal jemaah haji bermula dengan kursus asas, diikuti kursus intensif dan perdana.

PERSIAPAN… beberapa kursus diadakan bagi persiapan bakal jemaah haji.

Ia merupakan sebahagian insiatif bagi membolehkan bakal jemaah membuat persiapan akhir sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Justeru, Timbalan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak merangkap Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi menyeru semua bakal jemaah haji untuk tidak leka dan terus menjaga keselamatan serta kesihatan diri.

PERSIAPAN… beberapa kursus diadakan bagi persiapan bakal jemaah haji.

“Cuaca pada tahun ini juga jelas semakin panas, Kota Suci Mekah dan Madinah dibuka semula kepada seluruh dunia. Kita pasti tidak ingin ibadat kita terganggu jika menghadapi kesulitan dalam kesihatan kita.

“Saya pasti pihak TH telah bersedia untuk menjaga kebajikan, keselamatan semua jemaah haji Malaysia.

Saban tahun, perkhidmatan dan prasarana yang disediakan TH bertaraf dunia malah menjadi model ikutan negara-negara lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, anugerah Labbaitom untuk Perkhidmatan dan Program Bimbingan Haji Terbaik dalam dunia Islam daripada Kerajaan Arab Saudi yang merupakan pengiktirafan kepada negara. 

Anugerah itu katanya, membuktikan keupayaan TH membimbing jemaah haji menerusi program kesedaran dalam aspek menjaga kesihatan, sikap kendiri, peradaban serta kepentingan kebersihan persekitaran.

Dalam pada itu, Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak Datin Nurlaila Said, berkata objektif utama TH menganjurkan program ialah memudahkan keseluruhan perjalanan bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Mekah.

Seramai 620 jemaah dari Zon Selatan Sarawak menyertai Kursus Perdana Haji 2023 anjuran agensi berkenaan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru