ARTIKEL

Letih berpuasa bukan halangan bantu rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Cuaca buruk dan keletihan berpuasa bukan halangan agihan fasa kedua bantuan makanan Sarawakku Sayang diteruskan di kawasan Dun Daro.

Agihan bermula di rumah panjang kawasan Passin dan Batang Lassa yang ditadbir daerah Matu, manakala Muara Lebaan, Teluk Bulat, Teluk Batu dan Bukit Papit di bawah pentadbiran daerah Meradong pada Khamis lalu.

Ia kemudiannya disambung semalam kepada golongan asnaf di sekitar Daro, selain sumbangan kurma kepada penduduk Islam yang meraikan Ramadan.

Pada masa sama, petugas sukarela sentiasa diingatkan supaya mematuhi SOP yang ditetapkan seperti menjaga jarak selamat serta tidak perlu bersalaman.

Adunnya Safiee Ahmad berkata, agihan bakul makanan untuk kawasan Daro diserahkan kepada jawatankuasa masjid dan surau sebelum diagihkan kepada asnaf.

Biarpun berdepan pelbagai halangan katanya, proses agihan kali ini berjalan lancar.

“Selain membawa muatan yang banyak, mereka juga terpaksa meredah perjalanan jauh melalui sungai dengan menggunakan bot.

“Saya tersentuh melihat pasukan sukarelawan yang bertungkus-lumus mengagihkan bantuan di rumah panjang di Passin.

Hujan lebat dan ribut petir tidak sedikitpun mematahkan semangat mereka.

“Sehubungan itu, saya ingin merakamkan terima kasih kepada sumbangan mereka,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menzahirkan ucapan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh masyarakat Islam khususnya di Dun Daro.

“Bagi saya, Ramadan kali ini amat istimewa kerana sambutannya sangat berbeza. Kita bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi berjihad melawan Covid 19,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha