ARTIKEL

Letusan Gunung Berapi Lewotobi Laki-Laki: 124 rakyat Malaysia berada di Labuan Bajo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Seramai 124 rakyat Malaysia telah melaporkan keberadaan di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur setakat Rabu, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Daripada jumlah itu, 53 orang meninggalkan Labuan Bajo dengan menaiki pengangkutan laut susulan penutupan sementara ruang udara ekoran letusan Gunung Berapi Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores.

“Warganegara Malaysia yang terkesan dimohon untuk mengikuti arahan pihak berkuasa tempatan serta status penerbangan dari semasa ke semasa,” menurut kedutaan dalam satu kenyataan.

Kepulan asap dan abu daripada letusan gunung berapi telah menyebabkan pembatalan sejumlah penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Zainuddin Abdul Madjid, Lombok dan Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai, Bali.

Bagi nasihat serta bantuan konsular di Bali, rakyat Malaysia yang terkandas boleh menghubungi Drs. Panudiana Kuhn, Konsul Kehormat Malaysia Bali di talian Tel:+623 6175 1953 atau e-mel: panudiana.kuhn@gmail.com.

Kedutaan turut menasihatkan mereka untuk mengikuti perkembangan terkini dan merancang perjalanan khususnya di lokasi yang terkesan.– BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha