ARTIKEL

Lewandowski Tinggalkan Barcelona Hujung Musim Ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MADRID: Tempoh Robert Lewandowski bersama Barcelona hampir berakhir apabila juara Sepanyol itu tidak menawarkan kontrak baharu kepada bekas penyerang Bayern Munich itu bagi musim depan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Barcelona menulis di media sosial pada Sabtu: “Datang sebagai bintang, pergi sebagai legenda.”

Pemain antarabangsa Poland itu beraksi selama empat tahun bersama Barcelona dan memenangi gelaran liga Sepanyol sebanyak tiga kali. Bagaimanapun, masih belum jelas perancangan pemain berusia 37 tahun itu selepas ini.

“Selepas empat tahun penuh cabaran dan kerja keras, sudah tiba masanya untuk melangkah ke hadapan. Saya pergi dengan perasaan bahawa misi telah selesai. Empat musim, tiga kejuaraan,” tulis pemenang Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2020 dan 2021 itu di media sosial.

“Saya tidak akan melupakan kasih sayang yang saya terima daripada penyokong sejak hari pertama. Catalonia akan sentiasa menjadi tempat istimewa buat saya.”

Lewandowski telah menjaringkan 13 gol setakat musim ini. Masih berbaki dua perlawanan dalam saingan La Liga Sepanyol dengan Barcelona dijadual menentang Real Betis pada Ahad. – BERNAMA-dpa

BERITA LAIN

BERITA TERBARU