ARTIKEL

Kredit: Bernama

LHDN berjaya bangkitkan taksiran tambahan RM4.4 bilion sehingga 30 Jun 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya membangkitkan taksiran tambahan berjumlah RM4.4 bilion sehingga 30 Jun 2026, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin.

Menurutnya kejayaan itu  sekali gus mencerminkan komitmen LHDN dalam melindungi hasil negara dan memperkukuh integriti sistem percukaian.

Beliau berkata, selain memperkukuh kepercayaan pembayar cukai, LHDN terus memberi tumpuan kepada pelaksanaan aktiviti audit dan pematuhan strategik berasaskan risiko bagi mengesan dan menangani kes-kes ketidakpatuhan yang signifikan termasuk pelarian cukai serta perancangan cukai yang agresif. 

“Pendekatan ini penting bagi memastikan keadilan sistem percukaian dipelihara dan setiap pembayar cukai memenuhi tanggungjawab mereka secara saksama,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Percukaian Kebangsaan Ke-26 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini semalam.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Sementara itu, Abu Tariq berkata penggunaan kecerdasan buatan (AI) telah memperkasakan proses LHDN dalam membuat keputusan dan mengukuhkan pengurusan risiko menerusi analisis data yang lebih canggih.

“Sebagai contoh, AI telah memperkasakan keupayaan analitik data LHDN dengan membolehkan pemprosesan, penelitian dan analisis ke atas lebih 1.6 bilion e-Invois yang telah diterima setakat ini.

“Keupayaan ini membolehkan corak transaksi dikenal pasti dengan lebih pantas dan tepat, sekali gus meningkatkan keberkesanan pengesanan risiko pematuhan, memperkukuh integriti data percukaian serta menyokong proses membuat keputusan yang lebih berasaskan data,” katanya. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jualan kraf Regata Sarawak dijangka lepasi RM2 juta

KUCHING: Jualan produk kraf sempena Regata Sarawak 2026 dijangka melebihi RM2 juta, susulan sambutan menggalakkan pengunjung sepanjang minggu penganjurannya di Tebingan Kuching. Menteri Pelancongan, Industri