ARTIKEL

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Sarawak, Dr Nur Aida Kipli.

Libatkan IPT awam, swasta tarik minat pelajar daftar bidang STEM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Libat urus pihak institusi pengajian tinggi dengan pelajar sekolah penting untuk menarik minat mereka terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak Dr Nur Aida Kipli berkata, Sarawak akan ketinggalan melahirkan cendekiawan dan graduan yang menuntut ke arah pembangunan teknologi jika isu ini tidak ditangani dengan betul.

Menurutnya, pendedahan tentang peratusan enrolmen pelajar STEM di tingkatan empat di Sarawak yang paling rendah berbanding negeri lain membimbangkan.

“Sehubungan itu, pentingnya libat urus dengan IPT sama ada awam mahupun swasta dengan pelajar sekolah.

“Ini kerana pendekatan secara ‘words of mouth’ dan ‘seeing is believing’ amat berkesan sebagai ‘two-ways sharing ability’ antara mahasiswa dan mahasiswi di universiti dengan pelajar-pelajar di peringkat sekolah,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

Antara lain jelasnya, penambahbaikan kemudahan serta fasiliti pengajaran di sekolah luar bandar khasnya juga penting.

“Contohnya, capaian Intenet yang stabil amat diperlukan bagi memantapkan lagi metod pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

“Metod ini amat dituntut selaras dengan perkembangan teknologi tanpa sempadan ekoran STEM ialah subjek yang akan menembusi dunia hiperglobalisasi,” ujarnya.

Aida juga berpandangan, Sarawak memerlukan tenaga pengajar yang benar-benar bertauliah dan pakar dalam subjek tersebut.

Ini kerana katanya lagi, cara penyampaian dalam pengajaran dan pembelanjaran perlulah lebih berkesan dan teliti mengikut silibus yang ditetapkan.

“Bukan sekadar melepas batuk di tangga dalam kalangan tenaga pengajar.

“Selaras dengan capaian objektif SDG 4 – Pedidikan Berkualiti kepada pelajar. Pendidikan yang berteraskan rangka kerja yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Pada masa yang sama, perlunya pendedahan yang berpanjangan terhadap subjek tersebut untuk menarik minat pelajar.

“Misalnya seperti penganjuran program yang berintipatikan aktiviti yang menjurus ke arah ‘subject-friendly’ kepada para pelajar,” katanya.

Jika tidak tegas Aida, Sarawak akan ketinggalan.

“Pembangunan teknologi yang kian mencabar lebih sukar apabila tiada pakar rujuk dalam perkara ini.

“Impak lain, kemasukan tenaga asing akan memonopoli pasaran teknologi di Borneo dan menyebabkan peningkatan kadar pengangguran yang tinggi sekiranya jumlah permintaan tidak memenuhi pasaran dalam bidang ini.

“Tiada keseimbangan dalam pasaran kerja STEM dan berlaku limpahan graduan yang tidak menepati prospek bidang pekerjaan,” tegasnya.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti