Liga Kuching LSC: Kasika CF menang 22-0

SKUAD Kasika FC melakar sejarah hebat apabila membelasah pasukan Rzurf Exellent dengan jaringan 22-0 dalam aksi di Padang D, Petra Jaya Kuching petang semalam.

Penyerang utamanya, Paul Sambang menjaringkan 14 gol pada minit ke-14, 22, 28, 32, 42, 45, 48, 53, 55, 57, 59, 68, 70 dan minit ke-78. Manakala Ahmad Mubin Hamlet meledakkan empat gol pada minit ke-35, 39, 44, dan minit ke 50.

Sementara empat lagi gol disumbangkan oleh Mansor Keram, Wan Jamhuri Wan Ribhan, Mohamad Haddad Aiman dan Fadznur Khaidir pada minit ke-19, 27, 75 dan minit ke-89.

Yang pasti, ia merupakan kemenangan bersejarah dalam liga bola sepak di Bahagian Kuching. Pengurus pasukan Kasika FC, Dzulkarnain Redzuan melahirkan rasa bangga terhadap keputusan tersebut.

“KIta akan fokus Piala Ketua Menteri selepas ini… dan kita akan cuba untuk juara,” jelasnya. “Tahun depan kita akan membuat persediaan awal untuk Liga K dan Kejohanan Bawah 19 Tahun,” ujarnya.

Namun, kemenangan tersebut belum mampu menganjak kedudukan Kasika yang masih kekal di tangga keempat.

Dengan baki dua perlawanan, Kasika FC masih berpeluang untuk sekurang-kurangnya berada di tangga kedua atau ketiga. Kasika dibimbing oleh Ibrahim Mantali bersama-sama Abang Zafar.

Suara Sarawak