ARTIKEL

Liga M3 dijenama semula

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Arena bola sepak tanah air terus menyaksikan perkembangan positif dengan penjenamaan liga semi profesional yang bakal mengangkat semula pertandingan bola sepak peringkat amatur di negara ini.

Melalui Perjanjian Penajaan yang dimeterai antara Amateur Football League (AFL) yang merupakan pengendali liga semi-profesional di negara ini dan MBSB Bank Berhad (MBSB Bank), sebuah Bank patuh syariah yang progresif, Liga M3 akan dijenamakan sebagai Liga Kejuaraan MBSB Bank (MBSB Bank Championship).

Penjenamaan tersebut diumumkan hari ini di majlis menandatangani Perjanjian Penajaan yang disempurnakan oleh Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd. Yusoff Mahadi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib di Stadium Negeri, Petra Jaya.

MBSB Bank selaku penaja utama dan rakan bank rasmi AFL juga menjadi penaja bersama untuk Liga M4 dan Liga M5 yang dikendalikan oleh AFL.

Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd. Yusoff berkata, kerjasama ini membuktikan liga tempatan bertaraf semi profesional dan amatur mempunyai nilai komersial tersendiri.

“Kehadiran MBSB Bank melambangkan penerimaan komuniti perniagaan terhadap sukan bola sepak di peringkat amatur yang berteraskan komuniti setempat ini,” katanya.

Tambahnya, bagi pihak AFL beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan MBSB Bank terhadap AFL untuk menjalin kerjasama demi faedah bersama.

“Kerjasama ini diharap dapat membuka mata lebih banyak syarikat luar mahu pun tempatan agar memberi perhatian kepada sukan bola sepak di peringkat amatur yang memiliki potensi cukup besar untuk diterokai dari sudut komersial,” jelas beliau.

Sementara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib berkata, pihaknya di MBSB Bank sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan AFL kerana yakin sukan bola sepak sangat dekat di hati rakyat.

Beliau percaya menerusi kolaborasi ini orang ramai berpeluang mengenali pihaknya dengan lebih dekat dan memanfaatkan perkhidmatan yang ditawarkan bagi membantu mereka menguruskan kewangan dengan lebih berhemah.

Hadir sama pada itu tadi, Presiden FAS, Abang Zulkarnain Abang Abdul Rahman, Ahli Lembaga Pengarah MBSB Bank Berhad, Datuk Azrulnizam Abdul Aziz serta pegawai kedua-dua pihak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.