ARTIKEL

Liga Premier 2022: Misi wajib menang KC FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih Kuching City FC (KC FC), Irfan Bakti Abu Salim menegaskan, kemenangan menjadi fokus utama pasukannya apabila turun melayani kunjungan Kelantan United FC di Stadium Negeri, Petra Jaya malam esok.

Sekali gus, cuba menghapus badi kekalahan yang dialami The City Boys pada beberapa perlawanan lepas dalam kancah Liga Premier 2022.

“Kita tidak pernah menang menentang Kelantan United FC sebelum ini.

“Jadi saya mengingatkan kepada pemain bahawa ia wajib menang. Kita harus memanfaatkan kelebihan bermain digelanggang sendiri,” ujar Irfan kepada Arena Suara Sarawak.

Menurutnya, pemain masih diselubungi prestasi kemuncak ketika ini dan berharap situasi tersebut dapat dikekalkan untuk perlawanan malam esok.

Irfan dijangka menurunkan barisan kesebelasan sama ketika menentang Selangor FC pada 24 Ogos lalu.

“Semua pemain bebas daripada sebarang kecederaan mahupun penggantungan. Jadi, tiada sebarang perubahan untuk barisan utama yang akan diturunkan malam esok,” tambah Irfan.

Sambil mengakui hanya penyerang berpengalaman, Mohamad Alif Hassan sahaja yang diketepikan kerana masih belum pulih sepenuhnya.

MESTI MENANG…Pemain Kuching City bersemangat ketika latihan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU