KOTA SAMARAHAN: Kemenangan bergaya Samarahan (4-0) ke atas Betong semalam, jelas mencetus situasi cukup signifikan.
Ia bukan sahaja memperlihat semangat juang pemain yang kini berada pada kelas tersendiri, malah gambaran bahawa kredibiliti sebenar bagi pasukan Samarahan dalam menghadir tekanan kepada pesaing di Zon Selatan.
Perkara tersebut dinyatakan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS), Mohamad Azri Johari kepada Arena Suara Sarawak.
“Tiga mata yang amat berharga bagi kita ekoran kemenangan dicatat ke atas Betong semalam.
“Pemain berjaya merealisasi misi untuk meneruskan rentak kemenangan,” tegas Azri.
Tambahnya, strategi yang diguna pakai semalam berjaya diterjemah dengan begitu baik oleh barisan pemain.
Pasukan Samarahan kini kekal di kedudukan kedua, menggumpul 19 mata selepas mengharungi lapan perlawanan.



