ARTIKEL

PRESIDEN BDFA...Abang Suhordie.

Liga Premier Sarawak 2025: BDFA Mula Intai Pemain

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jika kebanyakan bahagian lain sudah memulakan proses pencarian pemain bagi menghadapi kempen Liga Premier Sarawak 2025, Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) juga melaksana pendekatan yang serupa.

Presiden BDFA, Abang Suhordie Abang Zaini memberitahu, pihaknya akan mengadakan sesi pemilihan pemain pada 2 hingga 3 Ogos depan.

Menurut Abang Suhordie, sesi pemilihan dua hari itu diadakan di Kompleks Sukan Betong dan akan dikendalian oleh Abdul Rahman.

“Sesi pemilihan pemain kita (BDFA) akan berlangsung pada 2 hingga 3 Ogos depan di Kompleks Sukan Betong.

“Sesi pemilihan dua hari bermula dari pukul 2 hingga 6 petang dan dikendalikan oleh Abdul Rahman,” ujar Abang Suhordie kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau dalam pada itu menyeru pemain berumur 17 tahun ke atas hadir beramai-ramai untuk menyertai pemilihan itu kelak.

Abang Suhordie percaya ramai pemain muda berbakat yang mampu diketengahkan pada liga berprestij itu kelak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Langgur ngemanah ICQS Biawak agi dipansik

KUCHING: Langgur ngemanahka Kompleks Imigresyen, Kastam, Kuarantin enggau Pengelikun (ICQS) Biawak agi dipansik nengah ‘feasibility study’ Pelin Besai Pemansang Kandang Menua Sarawak. Menteri Dagang Temuai,