ARTIKEL

SIAP SIAGA...Barisan pemain Miri.

LIGA PREMIER SARAWAK 2025: Miri mahu kekal rentak kemenangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gergasi serba mantap, Miri berazam mahu mengekalkan rentak kemenangan apabila turun berdepan Mukah pada perlawanan yang berlangsung di Padang Mesra MDDM petang esok (Sabtu).

Pengurus pasukan, Ahmad Mujahid Ahmad Najib menegaskan, bukan mudah untuk merealisasikan misi beroleh tiga mata mutlak mengambil kira perlawanan petang esok yang berlangsung di gelanggang lawan.

Akan tetapi kata Mujahid, beliau masih menaruh keyakinan tinggi terhadap kewibawaan barisan pemain yang ada.

“Kita turun dengan satu misi berdepan Mukah petang esok, iaitu cuba mencetak kemenangan yang menjurus kepada perolehan tiga mata mutlak.

“Walaupun sedar tekanan menanti, namun saya percaya pemain mampu menggapai impian tersebut. Dengan syarat, barisan kesebelasan utama yang diturunkan petang esok dapat melaksana tugas mereka dengan sempurna,” ujar Mujahid kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, semua pemain masih lagi diselubungi semangat yang membara ekoran kejayaan mengatasi Sibu (2-1) hujung minggu lalu.

Justeru, prestasi kemuncak yang diperaga pada perlawanan lepas diharap dapat menjadi penanda aras terbaik buat pemain untuk cuba meneruskan rentak kemenangan.

Dalam pada itu, beliau akui tempoh rehat seminggu telah diperguna oleh pengemudi pasukan (Abu Bakar Amran) untuk memperbaiki kelemahan di semua posisi.

Katanya, fokus adalah untuk memperkemaskan di tiga posisi iaitu serangan, tengah dan pertahanan.

“Proses memperkemas di semua posisi berjalan lancar dan diharap pelan yang diguna pakai untuk perlawanan petang esok akan menjadi,” tambah Mujahid lagi.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU