ARTIKEL

KEMBALI FOKUS...Pemain Sri Aman fokus ketika menjalani latihan.

LIGA PREMIER SARAWAK 2025: Misi kebangkitan Sri Aman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Skuad Sri Aman berazam mahu mencetak kemenangan apabila turun berdepan Samarahan di Stadium Terbuka Samarahan Sabtu ini (25 Oktober).

Sekali gus, mereka mahu menghapus badi kekalahan yang dialami dalam tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini.

Pengurus pasukan, Alfred Ak Kendim berkata tugas tersebut mungkin kelihatan agak berat memandangkan perlawanan akan berlangsung di gelanggang lawan, namun beliau tetap optimis dengan keupayaan pemain.

“Adalah diharapkan agar badi kekalahan yang dialami tiga kali berturut-turut dapat diatasi sewaktu bertandang ke Stadium Terbuka Samarahan Sabtu nanti.

“Saya percaya jika pemain tampil dengan corak permainan mengikut strategi yang diguna pakai ketua jurulatih (Standley James Batang), peluang untuk kami beroleh keputusan positif cerah,” ujar Alfred kepada Arena Suara Sarawak.

Selepas empat perlawanan, Sri Aman kini menghuni tangga keempat liga dengan kutipan tiga mata.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU