ARTIKEL

AMANAT PENTING…Mohd. Azri Johari (tengah) ketika memberi taklimat kepada pemainnya. - FOTO FAIZAL BUJANG

LIGA PREMIER SARAWAK 2025: Samarahan Manfaatkan Tempoh Rehat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Presiden Persatuan Bola Sepak Samarahan (PBBS), Mohd. Azri Johari menegaskan tempoh dua minggu rehat sebelum peringkat suku akhir Liga Premier Sarawak 2025 dimulakan akan digunakan sebaik mungkin bagi memperkemaskan jentera pasukan di semua posisi.

Langkah itu katanya penting bagi memastikan Samarahan lebih bersedia untuk menghadapi aksi peringkat kalah mati yang disifatkan lebih mencabar itu kelak.

“Kita akan manfaatkan masa rehat dua minggu ini untuk memperkemaskan jentera di semua posisi.

“Dengan kata lain, memperbaiki kelemahan pada posisi yang telah dikenal pasti,” ujar Azri kepada Arena Suara Sarawak.

Saingan peringkat suku akhir yang menggunakan format timbal balik bermula pada 10 Januari tahun hadapan.

Pasukan Samarahan akan menentang Miri di gelanggang sendiri pada tarikh berkenaan sebelum bertandang ke gelanggang lawan untuk aksi timbal balik pada 17 Januari.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU