ARTIKEL

Pemain Kuching FA, Mohamad Nur Raziman, berusaha mengekalkan penguasaan bola ketika diasak pemain Serian FA. Foto: Kuching FA

Liga Premier Sarawak: Kuching FA tewaskan Serian FA 2-0

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kuching FA merapatkan jurang dengan pendahulu Zon Selatan, Samarahan FA, selepas menewaskan Serian FA 2-0 dalam aksi Liga Premier Sarawak (LPS) 2026 di Padang Perumahan, Petra Jaya di sini, kelmarin.

Kemenangan itu menyaksikan Kuching FA mengumpul sembilan mata daripada tiga perlawanan, sekali gus hanya ketinggalan tiga mata di belakang Samarahan FA yang menguasai carta dengan 12 mata.

Kesebelasan utama Kuching FA menentang Serian FA di Padang Perumahan, Petra Jaya di sini, kelmarin. Foto: Kuching FA

Serian FA pula kekal di tempat ketiga Zon Selatan dengan enam mata, manakala ATM FA dan Betong FA masing-masing mengutip empat mata.

Bagi saingan Zon Utara, Sibu FA mendahului carta dengan lapan mata selepas empat perlawanan, diikuti Bintulu FA dengan tujuh mata dan Limbang FA di tempat ketiga dengan enam mata.

Miri FA berada di tempat keempat dengan empat mata, manakala Sarikei FA dan Mukah FA masing-masing mengutip dua mata.

Kapit FA pula menghuni kedudukan tercorot dengan memungut satu mata.

Enam perlawanan yang berlangsung pada minggu kelima menyaksikan Kuching FA menewaskan Serian FA 2-0, Miri FA mengatasi Kapit FA 3-1, Betong FA menundukkan Sri Aman FA 4-0, manakala Limbang FA dan Sibu FA pula terikat 1-1.

Samarahan FA turut mencatatkan kemenangan 5-2 ke atas ATM FA, manakala Sarikei FA dan Mukah FA berkongsi mata selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan.

Kuching FA dijadualkan meneruskan saingan menentang ATM FA dalam aksi seterusnya.

Saingan LPS 2026 masih terbuka dengan setiap pasukan giat berusaha memungut mata bagi memburu kedudukan terbaik dalam zon masing-masing.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Integriti Perlu Jadi Pegangan Utama Penjawat Awam

MUKAH: Integriti perlu menjadi pegangan utama setiap penjawat awam bagi memelihara kepercayaan rakyat dengan perkhidmatan awam serta memastikan tugas dilaksanakan dengan amanah, telus dan bertanggungjawab.