MIRI: Padang bola sepak Suai, Niah akan menjadi medan pertarungan pasukan handalan dalam Liga Project Park 2026.
Kejohanan edisi pertama itu bermula pada 12 Disember depan dengan menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan.
Pengerusi Kejohanan, Shahran Abdul Samad, berkata pasukan yang berjaya muncul juara akan menerima wang tunai RM2,500 beserta piala, pingat dan sijil.
Naib juara pula menerima wang tunai RM1,500 serta piala, pingat dan sijil, manakala pasukan yang menduduki tempat ketiga akan menerima wang tunai RM700, piala, pingat dan sijil.
Pasukan di tempat keempat pula menerima piala, pingat serta sijil.
“Kita sudah membuka penyertaan kepada pasukan berminat dan setakat ini 20 pasukan sudah mengesahkan diri,” ujar Shahran kepada Arena Suara Sarawak.
Katanya, kini hanya tinggal 12 slot lagi untuk melengkapi 32 pasukan sebagaimana disasarkan.
Shahran menyeru pasukan yang berminat beraksi dalam liga berkenaan supaya mendaftar secepat mungkin.
Sebarang keterangan lanjut boleh dapatkan dengan menghubungi beliau di talian 013-7145849 atau Iziatul Azwa Yasri di talian 014-8626008.
Shahran berkata, perkara yang menarik mengenai liga ini ialah penyertaannya juga terbuka kepada pasukan dari luar.





