ARTIKEL

Liga Super 2023: Azam Joseph Kalang Tie bantu Kuching City

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penyerang berpengalaman luas, Joseph Kalang Tie berazam membantu Kuching City FC (KC FC) untuk tampil cemerlang sepanjang melalui kempen Liga Super 2023.

Bantuan yang diberikan adalah dengan melabur kudrat sebaik mungkin apabila diberi peluang beraksi pada setiap perlawanan.

“Ini musim pertama kami dalam kancah Liga Super 2023, tentunya saya akan cuba memberikan persembahan terbaik bagi memastikan pasukan Kuching City beroleh kejayaan,” ujar Joseph ketika mengulas sasarannya pada musim ini.

KEKAL CERGAS…Tahap kecergasan Joseph Kalang Tie (depan) sentiasa menimbulkan kegerunan kepada pasukan lawan.

Menurut Joseph, beliau sedar tugas mencabar menanti dirinya dan rakan-rakan pada musim ini apabila mengambil kira reputasi hebat dimiliki pasukan lain.

Akan tetapi, beliau yakin segalanya tidak mustahil untuk digapai dan yang penting dirinya dan rakan seperjuangan harus fokus serta sentiasa bersemangat.

“Jika melihat semangat yang dipamer rakan seperjuangan ketika ini, saya percaya kami mampu bersaing dengan pasukan lain walaupun hakikat status kami sebagai pendatang baharu dalam Liga Super 2023,” tambah bekas penggempur skuad kebangsaan itu.

Joseph yang memasuki musim keempat bersama The City Boys mendedahkan, amalan pemakanan yang sihat dan teratur selain rehat yang mencukupi antara rahsia dirinya sentiasa cergas ketika beraksi meskipun usia dirinya kini sudah mencecah 36 tahun.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU