ARTIKEL

LEPAS...Abu Kamara (kiri) cuba melepaskan diri dari kawalan pemain PDRM FC. - FOTO KC FC

LIGA SUPER 2023: Kuching City ikat PDRM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad Kuching City FC berjaya meraih satu mata berharga selepas mencatat keputusan seri (1-1) menentang PDRM FC aksi Liga Super 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi.

Keputusan perlawanan tersebut sekali gus mengubah kedudukan The City Boys untuk berada di tangga ke-13 mengatasi Kelantan FC dengan kelebihan gol.

Bintang import sensasi, Abu Kamara muncul wira buat barisan kendalian Aidil Sharin Sahak apabila menjaringkan gol penyamaan minit ke-58.

Dalam keadaan tuan rumah yang terlebih dahulu mengemudi pentas saingan menerusi gol dijaringkan Uche Agba minit ke-45.

Kuching City sebenarnya boleh memenangi perlawanan tersebut mengambil kira beberapa peluang untuk menambah koleksi jaringan menerusi Abu Kamara yang gagal menembusi gawang yuan rumah.

Apa pun, keputusan seri yang diperoleh barisan pemain Kuching City pada perlawanan tersebut disifatkan Aidil Sharin Sahak sebagai perkembangan positif kearah kebangkitan anak-anak buahnya

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan