ARTIKEL

LIGA SUPER 2023: Kuching City sudah temui pengganti Irfan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Calon pengganti sudah dikenal pasti bagi jawatan ketua jurulatih baharu skuad Kuching City FC selepas perletakan jawatan Irfan Bakti Abu Salim semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kuching City FC, Iswandi Ali Hassan memberitahu, pihaknya sudah mengenal pasti calon terbabit dan perbincangan dengan bakal pengemudi baharu itu sudah diadakan.

“Segalanya berjalan dengan lancar dan kita akan mengumumkan nama ketua jurulatih terbabit dalam masa terdekat,” ujar Iswandi kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau dalam masa yang sama memberi bayangan pengumuman ketua jurulatih baharu itu besar kemungkinan akan dilakukan sebelum perlawanan menentang Kelantan FC di Stadium Negeri, Petra Jaya pada Jumaat ini.

BERITA LAIN

Jadual Padat Lima Kejohanan Uji Kuching City

KUCHING: Jadual padat membabitkan lima kejohanan serentak menjadi antara cabaran terbesar Kuching City FC musim ini apabila tempoh pemulihan yang singkat memaksa The Cats melakukan

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil