ARTIKEL

PESTA GOL... Reaksi penuh ceria pemain Kuching City ketika meraikan jaringan. - FOTO KCFC

Liga Super 2025/2026: Kuching belasah Melaka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad Kuching City FC meneruskan momentum kemenangan dalam kancah Liga Super 2025/2026 apabila membelasah Melaka FC (4-0) pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi.

Sentuhan penyudah hebat empat bintang sensasi penyumbang kemenangan bergaya buat kem kendalian Aidil Sharin Sahak.

James Onyekachukwu Okwuosa mencetak nama selaku penjaring gol pertama pada minit ketujuh, disusuli gol kedua Ahmad Danial Ahmad Asri pada minit ke-45 (+2) dan Joao Pedro Da Silva Freitas gol ketiga pada minit ke-49.

Gol keempat yang dijaringkan oleh Ronald Ngah Wanja menerusi sepakan penalti pada minit ke-77.

Ia merupakan kemenangan ketujuh buat City Boys untuk musim ini.

Tuan rumah sebenarnya boleh menambah jaringan mengambil kira peluang terhidang yang gagal untuk menembusi gawang pelawat.

Kemenangan tersebut meletakkan Kuching City di tangga kedua ketika ini, dengan 24 mata.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU