ARTIKEL

JUARA...Pemain Kaslo FC berjaya merangkul gelaran juara

Liga Veteran Mini Sadong FM: Kaslo FC rangkul gelaran juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SADONG JAYA: Pasukan Kaslo FC menepati ramalan muncul juara Liga Veteran Mini Sadong FM 2023 menundukkan Tumela FC dengan kemenangan selesa (5-0) pada aksi final di padang bola sepak Kampung Semera Lot, Sadong Jaya Ahad lalu.

Kemenangan itu membolehkan pemain Kaslo FC membawa pulang hadiah wang tunai, piala beserta jersi.

Manakala, hadiah wang tunai, piala dan jersi turut diterima pemain pasukan Tumela FC selaku naib juara.

Dalam pada itu, pasukan SV 23 dan AWS FC yang tewas di peringkat separuh akhir menerima hadiah berupa piala selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Pengerusi Kejohanan, Abdul Muhtalip Tagak menegaskan, saingan liga berkenaan berlangsung dua hari (7 dan 8 Oktober).

Menurut beliau, sebanyak 12 pasukan berentap dalam saingan untuk edisi pertama itu.

BERITA LAIN

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan