ARTIKEL

Lima atlet para Sarawak wakili negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lima badang Sarawak akan mewakili negara dalam Kejohanan Powerlifting Para Dunia 2021 di Georgia, Rusia yang akan berlangsung pada November nanti.

Ketua Jurulatih Powerlifting Malaysia, Jamil Adam berkata pemenang pingat emas kategori 72 kilogram temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Bonnie Bunyau Gustin antara yang mengetuai cabaran kejohanan berprestij itu.

Selain itu Jong Yee Khie yang juga pemenang pingat perak ditemasya negara matahari terbit itu bagi kategori 107 kilogram serta tiga muka baru iaitu Nicodemus Manggoi (88 kg), Bryan Junency Gustin (80 kg) dan Sonia Ak Agon (72 kg).

“Kesemua mereka berpengalaman dan saya percaya mereka mampu mencipta kejutan,” katanya pada sidang media petang tadi.

Jamil mengetuai rombongan skuad powerlifting Para Sukma Sarawak melakukan kunjungan hormat kepada Menteri Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah di pejabatnya, Bangunan Baitulmakmur 2 di Petra Jaya.

Fatimah melihat Malaysia Book of Records yang dianugerahkan kepada Bonnie kerana menjadi penerima pingat emas pertama dalam Sukan Paralimpik (Powerlifting).

Hadir sama Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis dan Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus.

Bagaimanapun, Jamil berkata tidak meletak sasaran kepada kesemua atlet terbabit untuk beroleh pingat dalam kejohanan itu kerana ia merupakan kejohanan wajib bagi atlet para seluruh dunia bagi pemburuan tiket ke Sukan Parlimpik Paris 2024.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan dua ayam tambatannya (Bonnie Bunyau dan Jong Yee Khie) mampu menghadiahan kilauan pingat berdasarkan kepada status mereka ketika ini.

Sementara, Fatimah yakin kesemua lima atlet para Sarawak mampu mencipta kejutan di kejohanan dunia itu kelak.

“Mereka berpengalaman, berbakat dan saya percaya potensi mereka untuk memperolehi pingat tetap ada,” katanya.

Beliau turut menyeru kesemua atlet para Sarawak terbabit menggunakan kesempatan pada kejohanan itu untuk cuba menyerlah.

“Inilah masa terbaik anda untuk mencipta kejutan, saya percaya dan yakin atlet para Sarawak boleh melakukan yang terbaik,” katanya.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu