ARTIKEL

Lima kawasan Sarawak catat IPU tidak sihat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lima kawasan di Sarawak masih merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu rentas sempadan setakat 8 pagi ini, berbanding enam kawasan petang semalam.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Serian mencatat bacaan tertinggi iaitu 170, diikuti Samarahan dan Bintulu masing-masing 156, Kuching 153 serta Samalaju 151.

Semalam, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata jerebu rentas sempadan dijangka menjejaskan 19 kawasan di Sarawak dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata corak angin semasa membawa asap daripada titik panas di wilayah jiran ke Sarawak.

Antara kawasan yang dikenal pasti ialah Betong, Bintulu, Daro, Julau, Kanowit, Kuching, Lundu, Marudi, Miri, Mukah, Pakan, Samarahan, Saratok, Serian, Sibu, Simunjan, Song, Sri Aman dan Tatau seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU