ARTIKEL

Ummi memperoleh kemenangan mudah 56-16 ke atas Ainnur, dan sekali gus mendapat tempat ke peringkat separuh akhir

Lima pesilat Sarawak mara ke separuh akhir hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Kekacauan yang berlaku semalam tidak menggugat prestasi pesilat tuan rumah kategori Putri B, Ummi Mashitah Hassan untuk tetap fokus bersaing merebut tempat ke peringkat separuh akhir.

Ummi yang berdepan pesilat dari Perak, Ainnur Nabil Ainsyah tidak menghadapi masalah besar mara ke peringkat separuh akhir selepas meraih kutipan mata keseluruhan 56 berbalas 16 mata.

Kemenangan mudah itu mengembirakan kem silat Sarawak yang masih kecewa dengan keputusan perlawanan suku akhir membabitkan pesilat Sarawak Iman Syakilla Mahdi dan pesilat Wilayah Persekutuan Nurin Alyaa Damia.

Ummi antara pesilat wanita pertama yang berjaya melangkah ke separuh akhir kategori Putri B sekali gus berpeluang menambah kutipan pingat untuk Sarawak.

Selain daripada Ummi, empat lagi pesilat tuan rumah berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir setakat ini.

Bagi Kategori Putra C, Rusyaidi Fitri Nazir telah berjaya mendapat tempat untuk mara ke peringkat separuh akhir setelah menewaskan Wilayah Persekutuan dengan pungutan mata 52-36.

Manakala, Kategori Putra E, Mohamad Nurhasri Maxzakir meraih kemenangan 17-14 ke atas Muhammad Haimanul Qardawi Hairilizam dari Selangor.

Pesilat Kategori Putra Terbuka 1 iaitu Arif Danish Amy Zahril Ramdzani pula menewaskan pesilat Johor, Muhammad Faiz Hanafee Zailan dengan kutipan mata 49-37.

Selain itu, Kategori Putra F, Abdul Afiq Syamil Abdul Juwani juga mendapat peluang untuk mara ke peringkat separuh akhir apabila memperoleh kemenangan 34-21 ke atas pesilat Pahang, Khairul Aiman Afik Amran.

BERITA LAIN

SUKMA XXII 2026: Mia berjaya raih emas

SELANGOR: Emylia Lynn Ghazali Zulfikar berjaya menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026. Bintang Muay Thai yang terkenal dengan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha