ARTIKEL

Asfia bercakap pada sidang media sempena Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ketiga DUN Sarawak di Ibu Pejabat PBB di sini, hari ini. - Foto: Ramidi Subari

Lima RUU, termasuk berhubung Lembaga Pelabuhan Sarawak, dibentang pada Sidang DUN 6-15 Mei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Pelabuhan Sarawak, 2024 merupakan antara lima RUU yang akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata RUU baharu itu bertujuan untuk memperkemas dan menyatukan pengurusan, operasi, perancangan serta pembangunan Pihak Berkuasa Pelabuhan di negeri ini di bawah pusat Lembaga Pelabuhan baharu, iaitu Lembaga Pelabuhan Sarawak.

Katanya, ia juga untuk memperbaharui struktur tadbir urus dan rangka kerja kawal selia operasi pelabuhan di Sarawak, termasuk penyelarasan yuran pelabuhan, yuran kapal dan caj pelabuhan.

“Selain itu, ia juga bertujuan untuk membuat peruntukan bagi penswastaan pengurusan dan operasi pelabuhan serta pengusaha pelabuhan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, hari ini.

Tambahnya, kesemua lima RUU itu akan dibentangkan pada persidangan yang berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.

Menurutnya, RUU lain yang turut dibentangkan nanti adalah RUU Perbekalan Tambahan (2023) 2024, RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2024, RUU Perlindungan Kesihatan Awam (Pindaan) 2024, dan RUU Perbadanan Perhutanan Sarawak (Pindaan) 2024. 

“Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan membentangkan tiga RUU iaitu RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024, RUU Perbekalan Tambahan (2023) 2024, dan RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2024.

“RUU Perlindungan Kesihatan Awam (Pindaan) 2024 akan dibentangkan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian manakala RUU Perbadanan Perhutanan Sarawak (Pindaan) 2024 akan dibentangkan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan,” ujarnya.

Dalam hal berkaitan, Asfia menambah DUN menerima 352 soalan daripada 43 ahli Yang Berhormat, dengan 267 daripadanya bagi jawapan lisan manakala 85 jawapan bertulis.

“Daripada jumlah tersebut, Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerima bilangan soalan tertinggi, iaitu sebanyak 49 soalan,” jelasnya.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah