LIMBANG: Penduduk di sini bakal mempunyai tebingan sungai terpanjang di Sarawak apabila projek pembinaan Tebingan Sungai Limbang dijangka siap pada 2025.
Menurut Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat, projek mega sepanjang 1.8 kilometer (km) membabitkan kos keseluruhan bernilai RM120 juta.
“Kita telah bermesyuarat bersama pihak konsultan dan kontraktor. Semuanya telah mencapai hasil yang baik. Pembinaan Projek Tebingan sungai fasa dua dan fasa tiga mengikut jadual dan dijangka siap pada 2025,” katanya.
Projek berkenaan dibangunkan secara tiga fasa pembinaan dan turut mendapat sambutan serta maklum balas positif daripada peniaga di kawasan berkenaan.
Projek berjalan lancar dan pihak terbabit bekerjasama untuk memastikan kejayaan projek tersebut.


