ISTANBUL: Lionel Messi mencipta rekod baharu sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia selepas meledak dua gol dalam kemenangan 2-0 Argentina ke atas Austria pada Isnin.
Menurut Bernama, bintang berusia 39 tahun itu membuka jaringan pada minit ke-38 selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti pada awal permainan. Beliau kemudian menambah gol kedua pada masa kecederaan.
Dua jaringan itu menjadikan jumlah gol Messi di pentas Piala Dunia meningkat kepada 18, sekali gus mengatasi rekod 16 gol milik bekas penyerang Jerman, Miroslav Klose.
Messi turut menyamai pencapaian pemain Perancis, Just Fontaine dan legenda Brazil, Jairzinho selepas menjaringkan gol dalam enam perlawanan Piala Dunia berturut-turut.
Perlawanan itu turut menyaksikan Messi mencatat penampilan ke-28 di Piala Dunia, iaitu yang terbanyak dalam sejarah kejohanan, selain menjadi pemain pertama beraksi dalam enam edisi Piala Dunia.


