ARTIKEL

Pengerusi Lions Nursing Home Datin Ellis Suriyati Omar (tengah) merakam kenangan bersama-sama ketua cawangan Lions Club di seluruh Sarawak.

Lions Nursing Home Anjur Pesta Makanan Amal Kumpul Dana Baik Pulih Rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lions Nursing Home bakal menganjurkan Pesta Makanan Amal Tahunan pada 7 Disember depan bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Jualan akan diadakan di premis tersebut di Jalan Stutong sempena ulang tahun ke-33.

Pengerusi Lions Nursing Home Datin Ellis Suriyati Omar berkata, sempena program jualan itu mereka menyasarkan mengumpulkan dana sebanyak RM450,000 untuk baik pulih rumah tersebut.

“Setakat ini, dana yang terkumpul adalah sebanyak RM312,178 dan berbaki RM137,822 lagi yang perlu dikumpulkan.

“Tujuan kita mengumpulkan jumlah dana tersebut yang agak besar berbanding tahun-tahun sebelum adalah untuk menggantikan dan menaik taraf lantai lama rumah bagi memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan.

“Selain itu, ia untuk membuat pendawaian semula sistem elektrik rumah yang mematuhi piawaian keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media Pesta Makanan Amal di Lions Nursing Home, hari ini.

Tambah beliau, dana tersebut juga digunakan untuk penyelenggaraan berterusan dan pembaikan termasuk kamera Litar Tertutup (CCTV), dan peralatan pejabat.

Jelasnya, rumah tersebut berusia 33 tahun dan banyak yang perlu dibaik pulih demi keselamatan dan keselesaan penghuni.

“Berbanding tahun-tahun sebelum ini, kami menyasarkan hanya RM200,000 hingga RM250,000 untuk mengumpul dana, Tetapi tahun ini kita menyasarkan jumlah yang lebih banyak,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa sebanyak 90 buah gerai mendaftar untuk menyertai pesta tersebut.

Beliau turut melahirkan rasa gembira kerana ulang tahun ke-33 pada kali ini, mendapat anugerah istimewa daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja apabila dinobatkan anugerah Majikan Terbaik.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat