Liputan 4G sudah 93 peratus, 3G ditamatkan akhir tahun ini

KUALA LUMPUR: Liputan rangkaian generasi keempat (4G) di seluruh negara kini meliputi hampir 93 peratus berikutan pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) tahun lepas, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pengerusinya, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata SKMM yakin liputan rangkaian 4G akan mencapai sehingga 95 peratus menjelang akhir tahun ini selaras dengan sasaran liputan 96.9 peratus menjelang akhir 2022 di bawah inisiatif Jendela.

”Apabila kami memulakan Jendela pada September lepas, liputan rangkaian 4G hanya pada 91.8 peratus, jadi tahun ini kami secara agresif mengusahakan pengembangan liputan untuk menyediakan kesalinghubungan yang lebih baik.

”Penutupan spektrum 3G menjelang akhir tahun ini juga akan membantu meningkatkan liputan rangkaian 4G kerana kami mengoptimumkan semula rangkaian 3G untuk tujuan 4G,” katanya kepada Bernama.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 20 Mac 2021

Suara Sarawak