PERTEMUAN dua bintang besar Asia mencuri perhatian peminat apabila Lisa BLACKPINK dan pelakon popular Korea Selatan, Gong Yoo, hadir pada acara Louis Vuitton pada 3 Disember lalu.
Lisa sebelum ini pernah mendedahkan bahawa Gong Yoo ialah selebriti yang menjadi idaman serta jenis ideal baginya.
Maka, apabila kedua-duanya berada pada acara yang sama dan bergambar di dinding foto bersebelahan, peminat segera menganggap momen itu sebagai detik “crush bertemu crush”.
Di media sosial, ramai orang ramai berseloroh bahawa Lisa cuba berlagak tenang sambil berpura-pura tidak mempedulikan kehadiran Gong Yoo, dengan harapan muncul interaksi spontan antara mereka.
Tidak kurang juga yang berharap ada foto bersama sebagai bukti pertemuan dua ikon hiburan itu.



