ARTIKEL

MAZIDI (tengah) ketika hadir menerima sumbangan lembu yang dihantar pembekal di sini, hari ini.

LKAMB sumbang tujuh ekor lembu untuk ibadah korban

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Lembaga Khairat dan Amanah Melayu Betong (LKAMB) menyumbang tujuh ekor lembu untuk ibadah korban menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

TUJUH lembu yang disumbangkan oleh Lembaga Khairat dan Amanah Melayu Betong untuk ibadah korban.

Urus setia LKAMB, Mazidi Katang berkata, ia disumbangkan kepada lima surau, dan masing-masing kepada kampung dan taman perumahan di kawasan Kampung Melayu Betong.

“Lima surau yang terlibat ialah Surau Dakwah Kampung Tengah Betong, Surau Damai Kampung Hilir Betong, Surau Darul Taqwa Kampung Baru Hulu Betong, Surau Setia Kampung Baru Hilir Betong dan Surau Darussalam Kampung Melayu Passa Betong.

“Dua lagi kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Masjid Betong dan Perumahan Bebanggai Fasa Satu dan Dua,” katanya semasa menerima lembu dihantar pembekal yang dilantik di tebingan Sungai Kampung Melayu Betong, hari ini.

TUJUH lembu yang disumbangkan oleh Lembaga Khairat dan Amanah Melayu Betong untuk ibadah korban.

Jelasnya, sumbangan lembu ini adalah amanah yang dilaksanakan berikutan kemampuan LKAMB.

“Kita memberi haiwan yang merupakan keperluan dalam pelaksanaan ibadah korban bagi umat Islam bersempena dengan perayaan Aidiladha yang akan datang.

“Sebagai sebuah badan yang diamanahkan untuk menjalankan pengurusan kebajikan penduduk Kampung Melayu Betong, termasuk kebajikan masjid dan surau, LKAMB berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada kariah demi amanah dan tanggungjawab,” ujarnya.

Setelah tujuh ekor lembu diterima, semua tanggungjawab mengurus dan melaksanakan apa-apa program adalah tanggungan pihak yang diberi (penerima lembu).

“Jika mereka hendak melaksanakan ibadah korban, ia terpulang kepada pengurusan masing-masing dan amanah yang dijalankan oleh LKAMB telah selesai setakat ini,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha