ARTIKEL

JUARA... Logo juara hasil tangan Dunkcurn Niem Dakeh

Logo milik Dunkcurn Niem Dakeh pikat juri sempena Hari Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dunkcurn Niem Dakeh dinobatkan sebagai juara pertandingan rekaan logo 722 yang dianjurkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai setiap tahun.

Perkara itu disahkan oleh Jurucakap Jawatankuasa Penganjur Perarakan Hari Kemerdekaan Sarawak 722 tahun 2025 menerusi satu kenyataan. Beliau juga mendedahkan naib johan dimenangi oleh Collin Vandenbergh manakala tempat ketiga dimenangi oleh Hadijah Haden.

Menurut kenyataan itu, semua pemenang dijemput hadir ke Tasek Biru, Bau sekitar jam 9 pagi untuk majlis penyampaian hadiah.

Terdahulu, katanya seramai 157 penyertaan telah diterima dengan peserta dari seluruh Sarawak.

“Jawatankuasa penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta atas sumbangan kreatif dan penuh makna.

“Sokongan anda yang bersemangat telah menjadikan pertandingan ini sebagai sambutan jati diri dan ekspresi seni rakyat Sarawak,” kata kenyataan itu.

Selain majlis penyampaian hadiah, turut diadakan perarakan budaya di lokasi sama.

Penganjur menyeru orang ramai hadir ke lokasi dengan memakai pakaian tradisional bagi memeriahkan persembahan serta mengetengahkan warisan budaya Sarawak.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha