ARTIKEL

Loji Hidroelektrik Mini Kota 2 menggunakan skim aliran sungai berperingkat yang akan diguna semula oleh Loji Hidroelektrik Mini Kota 1. Foto: MOHD ALIF NONI

Loji Hidroelektrik Mini SEB Kurangkan Pelepasan Karbon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Loji Hidroelektrik Mini Kota 2 yang menggunakan skim aliran sungai berperingkat (cascading run-of-river) di sepanjang Sungai Kota di sini berjaya mengekalkan kelestarian alam sekitar tanpa meninggalkan kesan ketara terhadap persekitaran.

Naib Presiden (Hidro) Sarawak Energy, Johnny Wong berkata, Loji Hidroelektrik Mini Kota 1 dan Kota 2 membentuk sumber kuasa berperingkat yang dibangunkan secara strategik di sungai sama pada aras ketinggian berbeza bagi mengoptimumkan aliran air untuk penjanaan elektrik.

“Ini (Kota 1 dan Kota 2) adalah contoh sangat baik bagi konsep sumber tenaga berperingkat kami. Pada masa sama, ia tidak memberi kesan ketara terhadap alam sekitar serta meminimumkan impak yang ada,” katanya kepada pemberita semasa Program Lawatan Media Sarawak Energy Berhad (SEB) di Loji Hidroelektrik Mini Kota 2 di sini, hari ini.

Beliau menambah, kos operasi jangka panjang loji itu juga lebih rendah berbanding penjanaan kuasa berasaskan bahan api.

GAMBAR… Media bersama-sama kakitangan SEB semasa Program Lawatan Media SEB di Loji Hidroelektrik Mini Kota 2. Foto: MOHD ALIF NONI

Jelasnya, sumber kuasa berperingkat (CPS) merupakan sebahagian agenda tenaga boleh diperbaharui Sarawak Energy.

“Usaha ini menyasarkan pengekalan campuran tenaga boleh diperbaharui sebanyak 60 peratus dengan lebih banyak projek CPS dirancang menjelang 2035,” katanya.

Sementara, Kota 2 menyumbang sekitar 10.5 megawatt (MW) tenaga elektrik dan memainkan peranan penting dalam mengurangkan pelepasan karbon yang sebelum ini dihasilkan oleh loji berasaskan diesel.

Pengurus Besar Sarawak Energy (Gas) Cheling Sapong berkata, konsep jana kuasa aliran sungai berperingkat dapat mengurangkan impak terhadap alam sekitar dengan ketara kerana tidak melibatkan pembinaan empangan besar.

“Kita hanya memanfaatkan aliran sungai, menyebabkan gangguan yang sangat minimum kepada alam sekitar, yang juga selari dengan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG),” katanya.

Seorang kakitangan Sarawak Energy (SEB) menerangkan proses penjanaan elektrik di Loji Hidroelektrik Mini Kota 2. Foto: MOHD ALIF NONI

Loji Hidroelektrik Mini Kota 2 mula beroperasi pada 2019 dan dibangunkan bagi menangani cabaran bekalan elektrik ke Lawas yang bergantung pada penjanaan tenaga melalui diesel.

Dengan kapasiti 10.5 MW bagi Kota 2 dan 4 MW bagi Kota 1, kedua-dua loji membentuk sumber kuasa berperingkat yang memanfaatkan aliran air pada aras ketinggian berbeza untuk menjana elektrik secara cekap.

Selepas integrasi Lawas ke dalam Grid Utama Sarawak berasaskan hidroelektrik, Kota 2 terus membekalkan tenaga sekaligus mengurangkan penggunaan bahan api fosil dan pelepasan karbon.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,