ARTIKEL

MAZLI menerima LOA bagi penempatan semula dan penaiktarafan loji pengeluaran hidrogen serta stesen pengisian bahan api SEB daripada Hoo Peih Yoke (tiga kiri) di pejabat korporat Sarawak Metro, semalam.

Loji Hidrogen KUTS Dinaik Taraf, Sasar Pengeluaran Satu Tan Hidrogen Hijau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kira-kira satu tan hidrogen hijau dijangka dapat dihasilkan selepas loji pengeluaran hidrogen itu dinaik taraf sepenuhnya.

Dalam satu kenyataan, Sarawak Metro Sdn. Bhd. memaklumkan Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) mencapai satu lagi pencapaian penting apabila Sarawak Metro menganugerahkan kontrak kepada Linde EOX Sdn. Bhd. bagi kerja penempatan semula dan penaiktarafan loji pengeluaran hidrogen serta stesen pengisian bahan api milik Sarawak Energy Berhad (SEB).

Menurut kenyataan itu, loji hidrogen berkenaan akan dipindahkan dari Bintawa ke Depoh Transit Aliran Autonomi (ART) di Rembus, Kota Samarahan.

“Kontrak reka bentuk dan binaan projek bernilai RM58 juta itu dijangka siap mengikut jadual bagi membolehkan permulaan operasi projek KUTS pada suku keempat tahun hadapan.

“Setelah dinaik taraf sepenuhnya, loji itu akan berupaya menghasilkan kira-kira satu tan hidrogen hijau,” menurut kenyataan tersebut hari ini.

Sarawak Metro turut menerima Surat Penerimaan (LOA) yang ditandatangani oleh Linde EOX semalam bagi kerja penempatan semula dan penaiktarafan stesen pengeluaran serta pengisian bahan api hidrogen itu di bawah fasa pertama strategi pengeluaran hidrogen bagi Projek KUTS.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro, Ts. Mazli Mustaffa hadir menerima LOA tersebut yang ditandatangani oleh Pengarah Urusan Linde EOX, Hoo Peih Yoke di pejabat korporat Sarawak Metro.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan, Datuk Wong Hee Sieng serta wakil Pejabat Setiausaha Kewangan Sarawak, Mohamad Kamil Asyraf Mohamad Samuri.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU