ARTIKEL

Julaihi meninjau Loji Pembotolan Gas Petroleum Cecair (LPG) Pusaka Integrated Resources Sdn. Bhd. (PIRSB) Bintulu.

Loji LPG Bintulu Pulih Suku Kedua 2026 – Julaihi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Loji Pembotolan Gas Petroleum Cecair (LPG) Pusaka Integrated Resources Sdn. Bhd. (PIRSB) Bintulu yang terjejas akibat tanah runtuh pada Januari lalu dijangka kembali beroperasi sepenuhnya menjelang akhir suku kedua 2026.

Julaihi meninjau Loji Pembotolan Gas Petroleum Cecair (LPG) Pusaka Integrated Resources Sdn. Bhd. (PIRSB) Bintulu.
Julaihi meninjau Loji Pembotolan Gas Petroleum Cecair (LPG) Pusaka Integrated Resources Sdn. Bhd. (PIRSB) Bintulu.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, kerja-kerja pemulihan sedang giat dilaksanakan termasuk penstabilan tanah, pemulihan infrastruktur dan pembaikan loji utama.

Beliau berkata, insiden tanah runtuh pada 29 Januari lalu memaksa penutupan loji Bintulu.

“Kerajaan bertindak segera dengan mengoperasikan loji pembotolan sementara pada 27 Mac, memastikan bekalan LPG kekal stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau loji berkenaan pada Selasa.

Menurut beliau, loji sementara di Bintulu kini mampu menghasilkan kira-kira 10,000 tong gas bersaiz 14 kilogram sehari, manakala Loji Senari IOT di Kuching menampung sehingga 15,000 tong sehari.

“Jumlah ini mencukupi untuk menampung keperluan harian seluruh Sarawak,”ujarnya.

Tambah Julaihi, antara langkah segera yang diselesaikan termasuklah pembersihan sisa runtuhan, pemindahan tangki air milik Bintulu Port dan pelupusan paip LPG yang rosak dengan kerja-kerja pemulihan kawasan terjejas masih diteruskan secara berperingkat.

Beliau berkata, kerajaan melalui PETROSNiaga turut memperkukuh keselamatan bekalan dengan membina lebih banyak depot simpanan LPG di seluruh Sarawak supaya tidak bergantung sepenuhnya kepada Kuching dan Bintulu sahaja.

“Tambahan bekalan tong gas juga diperoleh dari Sepanggar Bay, Sabah, untuk menyokong keperluan di kawasan utara Sarawak,” jelasnya.

Dalam pada itu, projek saluran paip gas dari Bintulu ke Kidurong kini dalam proses kajian kebolehlaksanaan, manakala projek perintis di Sungai Plan memberi manfaat kepada 40 buah rumah setakat Julai lalu.

“Fasa pengembangan akan bermula tahun depan dengan menyasarkan sehingga 800 rumah lagi.

“Usaha ini membuktikan komitmen kerajaan untuk memastikan akses utiliti asas yang lebih baik kepada rakyat,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan