LAWAS: Kebakaran longgokan kayu berlaku di tepi jalan Sempadan Mengkalap Trusan di sini malam tadi.
Pihak bomba Lawas menerima laporan pada jam 9.38 malam dan pasukan digerakan dengan kekuatan tujuh anggota.
“ Bomba melakukan sizeup dan memadam kebakaran dengan menggunakan jentera LFRT.
Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan tiada risiko kebakaran boleh berulang” menurut kenyataan tersebut.
Orang ramai dinasihatkan jangan melakukan pembakaran terbuka semasa musim kemarau ini.









