Lori disyaki kenderaan curi berjaya ditemui Kampung Serikin

KUCHING: Sebuah kenderaan hilang ditemui di ladang sawit Jalan gereja Kampung Serikin, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Dsp Poge Nyaon berkata, sebuah lori disyaki kenderaan curi berjaya ditemui kira-kira jam 3 petang hasil siasatan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Bau.

“Op Lejang berhasil menemui sebuah kenderaan lori jenis Toyota putih ditinggalkan berdekatan ladang sawit Jalan gereja semalam.

“Kenderaan tersebut dibawa ke balai polis Bau untuk tindakan seterusnya dilakukan,” jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Suspek boleh dihukum penjara tidak melebihi tujuh tahun dan juga dikenakan denda.

Kenderaan disyaki dicuri ditemui di ladang sawit

Suara Sarawak