ARTIKEL

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada pasukan paramedik.

Lori terbabas, pemandu patah tulang paha

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI : Seorang lelaki parah selepas lori yang dipandunya terbabas dalam kemalangan kendiri di Jalan Jakar-Bayong semalam.

Insiden kira-kira jam 2.20 petang itu mengakibatkan mangsa patah tulang paha dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Sarikei untuk rawatan susulan.

Ketua Balai dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan menghala ke Spaoh.

“Bagaimanapun setiba di lokasi, lori terbabit tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan menyebabkan mangsa tersepit di tempat pemandu,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Menurut Mahmudin, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 2.22 petang sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi untuk menghulurkan bantuan.

“Kita terpaksa memotong wayar terminal negatif pada bateri serta membuat kerja merenggangkan ‘dashboard’ dengan menggunakan jentera bagi mengeluarkan mangsa.

“Setelah mangsa berjaya dikeluarkan, dia kemudiannya dibawa ke tempat selamat sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan,” katanya.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah