ARTIKEL

LOVAGE mirip daun ketumbar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LOVAGE atau nama saintifiknya Levisticum officinalis ialah tanaman herba perenial yang berasal dari genus Levistinicum.

Ia ditanam di Eropah, daunnya digunakan sebagai herba, akarnya sebagai sayuran dan bijinya sebagai rempah ratus terutama dalam masakan di Eropah selatan.

Masyarakat zaman dahulu menanamnya kerana bunganya yang cantik dan baunya yang wangi.

Lovage tumbuh segar dalam apa-apa juga jenis tanah dan di bawah panahan cahaya matahari.

Ia boleh tumbuh dari 4 hingga 8 kaki tinggi dan berbunga sepanjang tahun.

Batangnya tebal, licin dan tegak.

Manakala bunganya berwarna kuning. Daunnya seperti daun ketumbar serta akarnya biasanya dicampur di dalam stu, salad dan sup.

Rasa dan baunya berupa campuran daun saderi dan pasli, lebih pedas daripada kedua-duanya.

Bijinya pula ditumbuk halus dan dicampur roti dan pastri serta dijadikan rempah dalam masakan.

Daun Lovage paling baik digunakan segar dan boleh digantikan dengan saderi dalam pelbagai resipi.

Lovage kaya dengan vitamin C dan pelbagai vitamin B kompleks serta mengandungi kalsium, kalium dan magnesium. Lovage juga terkenal kerana mempunyai sejumlah besar quercetin, flavonoid dengan sifat antiradang dan antioksidan.

Sejak zaman purba dalam perubatan tradisional, herba ini berfungsi sebagai penawar untuk pelbagai penyakit termasuk keradangan, senak, sakit sendi, dan sakit kepala.

Ia telah lama digunakan sebagai diuretik, perangsang dan sebagai rawatan untuk pelbagai penyakit daripada jaundis hingga sakit tekak, malah sebagai cara untuk mengawal kitaran haid.

Dari segi kosmetik, Lovage sering dijadikan salap untuk meredakan ruam dan psoriasis serta jerawat.

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU