ARTIKEL

KENANGAN... Kenny Sia dan Raymond Sim merakam gambar kenangan dengan pasukan pelatih Train Me Private Coaching yang memperagakan baju seragam terbaharu di Sarawak Plaza, di sini, hari ini.

LSC, Level Up Fitness terus pertingkat kerjasama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pusat kecergasan, Level Up Fitness melakar pencapaian baharu apabila berjaya mengembangkan operasinya ke Petaling Jaya bulan ini, membuktikan jenama kecergasan dari Sarawak itu mempunyai kemampuan tersendiri untuk berkembang serta bersaing di pasaran lebih luas.

Pengarah Level Up Fitness, Kenny Sia berkata, pusat kecergasan pihaknya kini merupakan majikan terbesar bagi profesional kecergasan dengan jenama Sarawak pertama yang beroperasi merentasi Laut China Selatan mencakupi Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia.

“Semuanya bermula di Jalan Petanak sejak 16 tahun lalu dan kini kami mempunyai 20 cawangan di seluruh negara termasuk Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Penyerahan Tajaan Kit Seragam Pelatih Train Me Private Coaching Level Up Fitness oleh Lea Sports Centre (LSC) dan Under Armour di Sarawak Plaza, di sini, hari ini.

Katanya, Level Up Fitness akan membuka dua lagi cawangan baharu di Kuching tahun ini, iaitu di Westfield Points, Batu Enam dan Pine Square, Abbertton Avenue.

Sejajar dengan perkembangan tersebut tegasnya, Level Up Fitness turut melaksanakan penjenamaan semula pasukan jurulatih peribadinya kepada Train Me Private Coaching.

Katanya, majlis tersebut turut meraikan kerjasama berterusan antara LSC dengan Level Up Fitness menerusi penajaan kit seragam penuh kepada jurulatih Train Me Private Coaching.

“LSC menaja kit penuh berwarna biru tahun ini, lengkap dengan penjenamaan Train Me Private Coaching, LSC dan Under Armour.

“Ketika kerjasama ini mula dijalinkan, pasukan hanya mempunyai kira-kira tiga jurulatih, sebelum meningkat kepada sekitar 10 orang pada tahun sebelumnya,” jelasnya.

Beliau berkata, tahun ini pihaknya mempunyai 20 kit yang diserahkan kepada pasukan Train Me Private Coaching.

Kenny turut menzahirkan penghargaan kepada LSC atas sokongan tersebut, sambil menyifatkan kerjasama antara jenama tempatan seperti LSC dengan Level Up Fitness sebagai bukti bahawa jenama tempatan mampu berkembang dan membina reputasi lebih kukuh di pentas lebih kompetitif.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU